Saturday, July 02, 2011

dalam hati ada isi 2

hati sukar untuk diramal, wujudnya terus kekal..menakluk seluruh anggota dan jiwa, buatkan diri tiada bermaya..itulah hati, jadi berhati-hati..

aku pernah katakan..kerna hati, insan kecewa..kerna hati, insan terseksa..hebatnya pukulan pada hati, buat insan terus mati..mati bukan pada jasad azali, mati pada jiwa yang mendiami..dalam badan dalam diri, ada langsung tak diketahui..

hati..bukan buruk semata-mata, baiknya pasti ada..wujud pada yang bahagia, saat mengenal apa itu chenta..haha..aku cakap apa yang aku tau..bukan sekadar cerita, wujud dalam kenyataan nyata..


dalam hati ada isi..ungkapan yang manis buat insan sedang dilamun chenta..chenta sangat bahagia, tiap detik ingin bersama..si dia dirindukan, saat kau bersendirian..handphone tak lekang ditangan, senyum manis menjadi teman..terasa kelakar bila memandang, saat bahagia mereka berkasih sayang..adoyai..syoknya..terasa diri ingin berchenta, saat melihat mereka bahagia..haha..

kata orang, bila berchenta semuanya sedap..senyum lebar sampai ke pipi, wajah ceria berseri-seri..tiada siapa boleh diganti, hanya dia si jantung hati..haha..
 
dalam hati ada isi..isi hati insan bahagia, kerna terpalit oleh chenta..bagai wabak dalam diri, saat hati sudah dimiliki..


buat pasangan berchenta, semoga kekal selamanya..saat bahagia dikongsi bersama, suka duka cebisan dunia..elakan pertelingkahan, eratkan ikatan..kebahagiaan berpanjangan, itu yang diharapkan..

( bersambung... )

Friday, July 01, 2011

dalam hati ada isi

duduk aku sendiri, duduk berisi..sedang mulut terkunci, mata liar memerhati..perilaku masyarakat sekeliling, dari paparan jadi pembimbing..ragam manusia di pentas dunia, tercalit dengan pelbagai warna..

dalam hati ada isi..topic yang bagi aku best kalau nak dikongsikan..haha..mana taknya, perkara yang melibatkan hati dan perasaan kan..kata org syok oO..huhu..

lama jugak aku aku tinggalkan blog nie, bukan sengaja tapi ada tanggungjawab yang lebih berat untuk aku pikul..lama tak lama, agak bersawang la..haha..dengan niat dan semangat, aku terus mengarang..

diam aku hampir sepurnama tak bererti aku berhenti dari berkarya..sepanjang tempoh tue, aku memerhati..ragam manusia, pelbagai cereka..indahnya dunia, menjadi canvas coretan manusia..

hati..sukar untuk difahami, apatah lagi untuk dimengerti..kadang-kadang ada suka, kadang-kadang ada duka..jangan pernah terguris, kerna sakitnya hati tak dapat ditepis..jangan pernah kecewa, kerna sakitnya hati akan terus menyeksa..biar ia gembira, saat munculnya bahagia..biar ia selesa, saat hadirnya si dia..


hati..terasa sunyi, saat tiada yang menemani..terasa bahagia, saat adanya chenta..terasa sengsara, saat jiwa dikecewa..terasa selesa, saat diri mula menerima..itu la hati, mengawal diri dan emosi..sukar untuk difahami, sukar untuk dimengerti..wujudnya dalam diri, menguji akal dan emosi..

aku melihat orang kecewa, sangat terseksa..hidup menjadi duka, langsung tak bercahaya..itulah pukulan chenta, menundukkan insan sekelip mata..langsung tak pernah kita duga, bila terkena terseksa jiwa..perlunya iman dalam diri, agar tabah menghadapi..jauhi syaitan yang menakluki, membawa kita ke jalan mati..jauhi,hindari..kuatkan iman dalam diri, kerna Allah sentiasa di sisi..

teman, rakan..berkali kau disakiti, kecewa memakan diri..coba kau fahami, hati kau masih dalam diri..berkali ia dikecewa, ia tetap boleh diguna..jangan pernah resah, jangan biarkan ia parah..masa menjadi pengubat, walaupun agak lambat..berikan peluang dan sedikit ruang, buat insan yang ingin bertandang..percayalah kau akan selesa, saat hadirnya bahagia..bukan sekadar cerita, kerna ada yang nyata..percayalah..

( bersambung...)