Thursday, June 09, 2011

buat kau

hari berganti hari, malam menjemput pagi..kesibukan dengan tugasan harian buatkan aku jarang mengarang, tapi tak akan menghalang aku dari mengarang..

sedang melayan perasan di malam buta, teringat si dia yang jauh di mata..sudah lama tidak bertemu, rasa rindu datang memburu..buat kau yang satu, tiada lain hanya kamu..saat aku sendiri, ingin kau hadir menemani..hilangkan resah dalam hati, hiburkan aku tika sunyi..ingin sekali disayangi, kerna kau yang memahami..aku rindu kau, rindu sangat..puisi tercipta, buat kau teristimewa..hanya kau..

tatkala aku sunyi..kau datang menemani
saat aku berduka..kau hadir menceria
aku jahat, aku buas..tapi kau terima aku dengan ikhlas
aku suka meminta, aku suka mengarah..tapi kau sedikit pun tak kisah
kau sanggup berduka, kau sanggup sengsara..asalkan aku bahagia
seumur hidup ini, aku mula memahami
susah senang kau lalui, hingga aku disini
kau tak boleh dicari, kau tak boleh diganti
kerna kau teristimewa..bukan dulu, bukan sekarang..tapi selamanya..

-sayang buat mak, dari anakmu-

aku & mak

puisi tercipta, saat hari ibu menjelma..puisi ini hanya untuk dia, kerna dia yang teristimewa..

buat mak..pengorbanan kau langsung tak dapat aku balas, menjadikan aku sebegini bebas..menikmati semua tanpa batas, bagi aku kau yang teratas..ceritera ini, buat insan yang disayangi..seluruh keringat kau beri, menjadikan aku sebegini..

aku tak pandai, tapi aku tahu menilai..pengorbanan kau beri, buat aku terus disini..aku tak kacak, tapi aku layak..menjadikan aku anak, pada kau mak..terima kasih untuk semua, terima kasih mak..

buat rakan, buat teman..mak, ibu, mama dan apa jua panggilan yang diberikan buat insan yang teristimewa ini..cobalah untuk mengerti, sayangi dan hargai..kerna insan ini, anugerah yang terindah kita miliki..ada kita, kerna adanya dia..dia tak boleh dicari, dia tak boleh ganti..hanya dia, untuk kita..

6 comments:

  1. huu..emi comel time nie..haha

    ReplyDelete
  2. comel gak..Haa...mula kembang la tu..habiz koyak suaq hang!haha

    ReplyDelete
  3. soooooooooooooooo sewiiiiiiiiiiiiiiiiiiit <3

    ReplyDelete