Thursday, October 27, 2011

dalam hati ada isi 3 ( akhir )

aku hilang tiada bayang..
aku datang tiada undang..
aku pergi tiada mati..
aku ada kerna dia..

lebih sepurnama aku menyepi, tinggalkan blog bersendiri..tiada terniat dalam hati, biarkan ia menjadi mati..kerna kawan aku terus disini, menyambung cerita yang dinanti..tentang perasaan yang kita alami, merungkai cerita chenta dalam hati..

1stly, ribuan terima kasih diucapkan pada sahabat..fiza fizz..kerna teguran saudari membuatkan hati ini tergerak untuk kembali mengarang..ada keinginan tapi sukar untuk aku lakukan..kerna renjatan malas menjadi wabak dalam diri..kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati kan..huhu..dan ini untuk kamu kawan..thanks fiza fizz..

dalam hati ada isi..
hati..tiap insan memiliki, jauh di sudut sanubari..menjadi teman dalam diri, menemani malam sampai ke pagi..tiap insan dianugerahkan sekeping hati, anugerah terindah dari Ilahi..hati..sukar untuk difahami dan sukar untuk dimengerti..hanya cebisan dalam diri, tapi mampu mengawal seluruh intipati..hati..oO..hati..


dulu, aku pernah berkongsi..dalam hati ada isi..

kerna hati, insan kecewa..
kerna hati, insan terseksa..
hebatnya pukulan pada hati, buat insan terus mati..
mati bukan pada jasad azali, mati pada jiwa yang mendiami..
dalam badan dalam diri, ada langsung tak diketahui..
( dalam hati ada isi 1 )

chenta sngat bahagia,  tiap detik ingin bersama..
si dia dirindukan, saat kau bersendirian..
handphone tak lekang ditangan, senyum manis menjadi teman..
terasa kelakar bila memandang, saat bahagia mereka berkasih sayang..
( dalam hati ada isi 2 )

hati mengawal emosi..hati mengawal diri..terasa bahagia bila berchenta, terasa terseksa bila kecewa..chenta dalam hati, wujud dengan sendiri..bahagia dikongsi, saat indah dialami..punah dirasai, saat kecewa mendiami..itulah chenta..chenta dalam hati..

dari pengamatan masyarakat sekeliling, kita boleh melihat ataupun merasai sendiri apa itu chenta..melihat sepasang kekasih yang bahagia, meluangkan masa bersama-sama..perilaku mencuit rasa, kenangan manis bila berdua..kadang-kadang, bila melihat timbul keinginan untuk kenal apa itu chenta..oO..indahnya dunia..hahaha..terlebih sudah..

tapi kita jangan mudah alpa, terlepas pandang apa yang ada..kata orang, langit tak semestinya cerah..kentut tak semestinya berbunyi..hahaha..chenta tak semuanya indah..terasa derita bila kecewa..kerna chenta, hilang nyawa..kerna chenta, berbadan dua..kerna chenta, hilang semua..titik akhir bagi insan yang kecewa..



kawan, rakan, teman, dari aku seorang insan..
usah kau akhiri hidup sedemikian, kerna kau takkan dipersalahkan..
fikir dulu sebelum melakukan, kelak merana binasa badan..
yang jahat semua dari syaitan, cegah dulu sebelum memudaratkan..
biar kecewa melanda badan, hadapi diri tiada ketakutan..

bingkisan sekadar untuk dikongsi, bukan mengeji atau menghakimi..aku insan dimuka bumi, terkasar bahasa harap dimaafi..tak semua insan kecewa, menderita bukan.. dan tak semua insan kecewa, melakukan bukan..tepuk dada tanya hati..

dalam hati ada isi..

aku coba memahami, tiap detik silih berganti..

tentang apa dalam hati, wujud bila bersendiri..
chenta dalam hati, rasa yang kita alami..

chenta..apa tue??..unik pada nama, mudah untuk bersuara..bagi aku chenta tak perlu dipersoalkan kerna semua tahu apa itu chenta..tak percaya, tanya la budak-budak..mudah mereka perkata..tapi chenta lebih sinomin bagi golongan remaja dan dewasa..kerna golongan-golongan ini lebih memahami..apa itu chenta bukan..


chenta..bagi aku, chenta itu titik mula..ibarat kunci pada mangga, boleh dibuka bila bersua..kenangan bersama mula dicipta, hanya aku hanya dia..dari chenta, orang bahagia..dari chenta, orang kecewa..dari chenta, orang mencoba..mencoba..memahami, mendekati dan mengenali..apa itu chenta..bagi insan yang mula jatuh chenta..

aku tengok dia, dia jeling mata..
aduh mak senyum lagi, amboi nona manis sekali..

antara lagu ferevet aku..chenta..perasaan yang sukar untuk diperkata, pada saat bersua si dia..degup jantung deras terasa, lidah kelu tiada bicara..hanya mata mampu mecoba, meluahkan apa yang dirasa..adakah itu chenta..chenta..chenta..

aku hanya pandai berkata, kata orang tepuk dada tanya dia..tiap insan punya hati, dari hati timbul chenta..semua akan merasa, entah bila..tak payah tanya, tak hari ini esok lusa..tunggu..
tika dan saat ini..tanpa segan silu dan confidentnya..aku ingin berkongsi..sebuah kisah seorang lelaki, mencari chenta dalam hati..




dia lelaki, sudah pasti..jalani hidup bersendiri, ditemani keluarga dan teman disisi..dia seperti insan biasa, miliki apa yang ada..tiada lebih tiada kurangnya, jalani hidup dalam sederhana..seperti insan biasa, miliki hati dan perasaannya..ingin sekali mengenal bahagia, kecapi nikmat hidup bernama chenta..saat melihat orang bahagia, miliki hidup bersama si dia..buatkan diri ingin berpunya, berkongsi suka duka bila bersama..tapi impian sekadar ilusi, sungguh sukar untuk dia kecapi..begitu banyak kekurangan pada diri, buat dia tunduk terus menyepi..gurindam jiwa, luahan kata..dari hati buat semua, kata chenta ingin dirasa..

aku lelaki tak punya apa-apa, hanya peribadi yang ada bersama..
tiada berwang apatah lagi berharta, mampu memikat gadis di man-mana..
hanya ilmu kemahiran di dada, bekalan hidup aku di dunia..
aku tiada berkereta mewah, menawan gadis dengan mudah..
hanya kenderaan awam yang aku ada, bolehkan aku bergerak ke sini sana..
berpakaian jenama tiada mampu, kerna itu bukan darjatku..
hanya miliki apa yang mampu, kerna itu cara hidupku..

menjalani hidup bersederhana buatkan dia tiada berchenta, walaupun ada keinginan untuk bahagia..miliki chenta nikmat dunia, tapi rendah diri menawan jiwa..tiada berdaya, untuk berchenta..tiada keberanian, untuk dilaksanakan..luahan kata, luahan jiwa..kata hati, ingin dikongsi..


aku insan biasa, tak punya apa-apa..
hidup dalam sederhanaan, tiada pernah membebankan..
punyai keluarga dan kawan, jadi teman saat kesunyian..
punyai kelebihan punyai kekurangan, insan biasa ciptaan Tuhan..
bersyukur dengan apa yang ada, kerna Dia lebih mengetahuinya..

keinginan hanya keinginan, bagi dia sukar untuk dilaksanakan..pernah dia terdetik untuk berchenta..pernah dia terdetik untuk mencoba..tapi sukar bagi insan sepertinya, diberi peluang untuk kenal apa itu chenta..

sedang diri mengenali wanita, ada saja halangan menduga..
terdetik dihati ingin berchenta, tapi si dia sudah berpunya..
tiada apa yang boleh dikata, hanya senyuman terukir dimuka..
tapi dia terus mencoba, mencari chenta dari seorang wanita..
miliki teman miliki kawan, ingin kenal perlahan-lahan..
tiada pernah yang merelakan, hanya menganggap sekadar permainan..
dia tiada pernah mengalah, mencoba walaupun bersusah payah..
berusaha untuk mendekati, saat hati mula berbunyi..
ingin sekali dia memahami, tiada pernah memaksa diri..
mengenal hati budi, hati budi seoarng lelaki..
tiada langsung peluang diberi, tanggapan serong sering diperolehi..
dia redha, kerna itu ketentuanNya..
langsung tiada pernah mengalah, takkan dia pernah goyah..
mencoba untuk mencari chenta, chenta hati dari si dia..
jangan pernah dia diadili, saat diri belum dikenali..
berilah peluang walaupun sekali, untuk dia mencari chenta hati.
kenali, fahami dan mengerti, mungkin dia yang kita cari..

bagi dia mudah, langsung tak pernah goyah..apatah lagi mengalah..berusaha mencari chenta, chenta hati nikmat dunia..kerna chenta sentiasa ada, sampai waktu pasti bersua..teruskan mencari, kau pasti temui..teruskan..buat dia, semoga kau berjaya..


bagi aku..chenta ibarat kentut..dipendam rasa terseksa, diluah rasa malu..hahaha..tapi seperti insan biasa, punyai hati dan perasaan..aku juga ingin berchenta..dengan siapa??..entah bila??..itu menjadi tanda tanya..tapi yang pasti, chenta itu ada..kelak pasti berjumpa, bila sampai waktunya..aku tunggu..aku tunggu..aku tunggu..

tammat..

7 comments:

  1. chenta mudah dikata, senang dibicara. tapi payah diteroka, susah dipunya :)

    ReplyDelete
  2. wah panjang pula part last ni kan.hehe.
    yes! akhirnya update juga cerita baru.hehe. :)

    ReplyDelete
  3. izwanie:amboi die..melawan..:p

    fiza fizz:haha..terpaksa pajang la..cover sb dh lma snyap kn..:p

    ReplyDelete
  4. schaza:dalam hati ada isi..rasanya sampai disini dulu..huhu..

    ReplyDelete
  5. hahaha...wat la lg...pasni aq nk copy la..hahaha

    ReplyDelete